Tuesday, January 27, 2009

KESILAPAN TERBESAR SAYA IALAH MENAJA PROJEK MYTEAM KHAIRY!

Tq Malaysiakini

AirAsia boss Tony Fernandez has described his decision to sponsor Khairy Jamaluddin’s MyTeam football project as being the “biggest mistake” of his life.
He said the move - which was meant to make some local lads’ dreams come true - “backfired” instead when it was rumoured that Khairy, Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi’s son-in-law, owned a stake in AirAsia.

“The biggest mistake of my life, and to be fair to this guy, (was when) Khairy Jamaluddin’s team came to propose sponsoring the MyTeam (football project).
“How fantastic - taking guys from the rubber estates, from kampungs, from new villages - to London to play Manchester United. This airline is all about making dreams come true. We’ve also sponsored Manchester United. How great!” said Fernandez in a 60-minute interview with Malaysiakini last Thursday in his office at the Low-Cost Carrier Terminal in Sepang.
“But then it backfired because suddenly, it was rumoured that Khairy and the ‘Fourth Floor’ now own 40 percent of AirAsia.”

Fernandes said he was willing to swear on whatever sacred scripture that would satisfy those who claimed that Khairy has a sizable stake in the budget carrier.
“I hate to sound like a politician, but put a Bible, Quran, whatever, in front of me and I’ll swear on it and say no! I only did the MyTeam thing with him.”
According to Fernandes, the blogosphere where the rumours have originated is become “sick and twisted”.
‘I’ve tried to engage bloggers’

The AirAsia’s 46-year-old chief executive argued that had he enjoyed close links with Abdullah and Khairy, the airline would not have lost several lucrative contracts to MAS.
He cited the deal to transport Muslim pilgrims to Saudi Arabia and the arrangement with the Defence Ministry to transport soldiers between East Malaysia and Peninsular Malaysia.
“Under DRB-Hicom, we had the haj contract, which was very valuable to us, and I did it for two years. MAS took that away (in 2003). They undercut us, we couldn’t match it, and it was gone. But that’s fair competition. No complaints. But you say I’m a crony? If so, I should have been able, with all my powerful friends, to keep the haj contract.
“The Ministry of Defence contract, we did it for seven years and gave fantastic service to the army. Look who’s minister of defence (PM Abdullah) now. Yet, we lost 50 percent of the defence contract to MAS,” said Fernandes.

He blamed a “vicious” community of bloggers for failing to appraise his company objectively.
“It’s guilt by association. I’m ‘collateral damage’, aren’t I?” he said. “There’s just a vicious community of bloggers out there who just spout hate. I’ve tried to engage them. I’ve even invited them here.”

However, if there’s one positive outcome from the personal attacks, it is the motivation for Fernandez to prove his detractors wrong.
“They’re willing to bash me and use racial slurs. There’s one good thing, though, and that’s they’ve called me fat. So now I’m motivated to be thin! When I read the blogs, I see, ‘Hey Fatso!’ But I’m going to show you I can be thin!” said Fernandes, laughing.

Sunday, January 25, 2009

MELAYU TIADA NILAI DI AKHIRAT NANTI -TG NIK ABD AZIZ

Tq Siasah Online

KUALA TERENGGANU, 23 Jan: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyeru masyarakat supaya mengubah istilah daripada membela Melayu kepada memperjuangkan Islam.

Sehubungan itu, beliau mempersoalkan berapakah nilai Melayu di akhirat kelak.“Membela Melayu, berapa sen harga Melayu di akhirat? Allah tidak tanya di akhirat nanti, awak Melayu atau Cina. Tapi hendaklah membela Islam bukan memperjuangkan Melayu tapi memperjuangkan Islam,” ujarnya ketika berucap pada Majlis Ceramah Perdana Sempena Meraikan Kemenangan Calon Pakatan Rakyat Pilihan raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu, di sini, malam semalam.

Turut menyampaikan ceramah ialah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut.
Justeru beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, jadi tidak usahlah disebut ketuanan Melayu sebaliknya sebutlah ketuanan Islam.

“Selagi sebut ketuanan Melayu, hidup Melayu, hidup Melayu, Cina nak letak di mana, India nak letak di mana?” tanya beliau. Tetapi, katanya kalau disebut ketuanan Islam, ada juga Cina dan India yang beragama Islam.

Ini, jelasnya kerana orang Arab pun tidak semestinya dapat memasuki syurga.
"Bapa saudara nabi bernama Abu Lahab adalah orang Arab. Tapi dinyatakan dalam Quran, Abu Lahab akan masuk neraka kerana tidak memperjuangkan Islam.
”Jadi sebagi bapa saudara nabi, orang Arab yang faham bahasa Arab, yang faham Quran pun tak masuk syurga, apa lagilah orang Melayu yang tak faham bahasa Arab dan Quran,” ujarnya

Saturday, January 24, 2009

SELAMAT TAHUN BARU CINA

PAS Tmn Bandar Baru mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua mereka yang berbangsa Cina tak kira di mana saja berada.Kepada kaum Cina khususnya di Pokok Sena, marilah bersama kami memberikan sokongan moral dan tenaga untuk sama-sama melihat negeri Kedah ini terus ditadbir secara jujur dan berhemah oleh wakil rakyat yang beramanah.

Semoga kedatangan Tahun Baru Cina akan menguatkan lagi hubungan kita sesama manusia.


Friday, January 23, 2009

BETUL KA TAHANAN POLIS NI MATI KERANA PARU-PARU BERAIR?

Assalamualaikum

Seorang tahanan polis A.Kugan dilaporkan mati akibat terjatuh semasa soal siasat polis.Bedah siasat menunjukkan bahawa tahanan ini mati kerana masalah Asthma dan Paru-paru berair.Fikir-fikirkanlah...


Logik ka dak jawapan tu..tuan2 fikirkanlah.Tu baru tahanan biasa.Kalau tahanan ISA..lagu mana pulak?

Thursday, January 22, 2009

JOM KACAU BUBUR ASYURA

Salam untuk semua..

Esok pagi 23hb January 2009 jam 8 pagi, kita akan masak bubur As Syura.Lokasi masak..dekat Kedai Kak Timah,tepi jalan nak masuk Taman Bandar Baru.

Harap semua boleh datang awal sebab kita nak masak banyak kawah.Alhamdulillah sambutan dari masyarakat setempat menggalakkan.Rasanya kita dah dapat kot lebih dari 50 0rang untuk turut serta dalam majlis ni.

Makan tengah hari jangan risau..Kita dah sedia nasi gulai ikan temenung .Bang Mid masak nasi.RM masak gulai ikan.

InsyaAllah bubur As Syura tu kita akan sedekahkan juga pada jemaah yang datang mengaji Kitab di Masjid An Nur malam esok.Jangan lupa kita bersama dengan Tn Guru Ust Hj Khairul Anuar Hj Syafiee..dari Pondok Gajah Teriak Jitra.

Jom..kita raikan bersama bulan Muharram.Moga2 kita akan lebih bertaqwa kepada Allah.Tingkatkan usaha untuk mempertahankan kemenangan Islam.

Wednesday, January 21, 2009

KENYATAAN ZAHID HAMIDI BENGONG

  1. Kami merakamkan rasa terkejut dan mengecam keras kenyataan bengong Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Zahid Hamidi seperti yang tersiar di dalam beberapa akhbar utama.
  2. Kenyataan Datuk Ahmad Zahid Hamidi menggambarkan bahawa beliau tidak dapat menerima kekalahan UMNO dalam pilihanraya lebih-lebih lagi pilihanraya kecil KT baru2 ini.Sikap Zahid Hamidi yang cuba menghalang Ketua Agensi Kerajaan Persekutuan daripada menghadiri mesyuarat dengan Kerajaan PR memberikan imej yang jelas bahawa menteri ini adalah menteri yang bodoh dan bahlul dalam konteks perlembagaan persekutuan.Inilah menteri yang berperangai seperti Israel dan zionis!
  3. Sepatutnya selepas balik dari mengerjakan Haji, Menteri Zahid Hamidi berubah menjadi lebih tawadduk..rupanya terbalik kot.Lebih haprak dan amat memalukan.
  4. Sebelum ini Zahid Hamidi sudahpun memalukan dirinya dengan memfitnah kerajaan PR Perak bahawa Tadika Kemas di sana hendak ditutup dan diarah keluar dari bangunan sedia ada.Apa pulak menteri ni cuba melalut..kami tak pernah nak tutup Tadika Kemas dan kami juga tak pernah nak ambil tahu pasal tadika Kemas pasal anak2 kami semua mengaji tadika PASTI! .
  5. Kenyataan bengong Zahid Hamidi bahawa Agensi Kerajaan Pusat hanya melayan permohonan yang ditandatangani oleh JKKP sahaja amat memalukan.Kalaulah begitu tahap pemikiran Menteri JPM ini kami beranggapan bahawa beliau sudah sampai kepada tahap sewel dan memerlukan rawatan sakit jiwa.

Sunday, January 18, 2009

WASIAT HASAN ALBANA - JANGAN LUPA MEMBACA AL-QURAN SETIAP HARI

Marilah kita jangan lupa baca Al Quran setiap hari kerana Al Quran itu ada keberkatannya.Di satu wilayah di Indonesia, pihak pemerintah daerahnya mewajibkan para pegawai kastam mereka membaca Al Quran selama 10 minit sehari dan hasilnya menakjubkan.Kadar rasuah Jabatan kastam di daerah tersebut turun mendadak!