Tuesday, December 2, 2008

TAKUT KEPADA ALLAH

Imam Al Ghazali pernah menulis di dalam kitabnya Mukashafah Al Qulub bahawa tanda - tanda takut kepada Allah itu kelihatan dalam 7 perkara.

  • Pertama pada LISANNYA. Dia menghindarkan dirinya daripada dusta,ghibah,menyebar fitnah, berbual kosong dan banyak bercakap.Bahkan dia akan menyibukkan dirinya dengan zikir, membaca Al Quran dan bermuzakarah ilmu.

  • Kedua ialah pada HATINYA.Dia membuang rasa permusuhan, kebodohan dan kedengkian kepada sahabatnya.Ini kerana dengki itu menghapuskan kebaikan.Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud

" Hasad itu dapat memakan kebaikan sebagaimana api membakar kayu"

  • Ketiga ialah pada PANDANGANNYA.Dia tidak suka memandang pada benda yang haram...tak kiralah pada makanan,pakaian atau apa2 yang haram.Dia juga tidak terpikat dengan dunia.

  • Keempat ialah pada PERUTNYA.Perutnya tidak diisi dengan benda yang haram.Tidak kira sama ada makanan itu haram dimakan ataupun diperolehi dengan cara yang salah dan haram.Sabda Rasullullah S.A.W yang bermaksud :

" Manakala sesuap daripada barang haram masuk ke dalam perut seseorang, maka seluruh Malaikat di langit dan di bumi melaknatinya slama sesuai atau seteguk barang itu berada di dalam perutnya.Jika dia mati dalam keadaan sedemikian, maka tempatnya adalah di Neraka."

  • Kelima ialah pada KEDUA TANGANNYA.Dia tidak akan menggunakan tangannya untuk perkara yang haram tetapi hanya untuk melakukan kebaikan dan ketaatan kepada Allah.

  • Keenam ialah pada KAKINYA.Kedua kakinya tidak digunakan untuk berjalan ke tempat maksiat.Tetapi ianya digunakan untuk melangkah ke tempat kebaikan seperti ke masjid, ke majlis ilmu dan lain-lain .

  • Ketujuh..terlihat pada KETAATANNYA.Dia menjadikan ketaatannya semata-mata untuk mencari keredhaan Allah dan takut kepada riak dan munafik.

Fikir-fikirkan.....

No comments: