Monday, December 8, 2008

TANAH RUNTUH BERULANG

Pertama sekali PAS Cawangan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa kelmarin.Diharap semua bersabar dan redha dengan ujian yang menimpa.

PAS Cawangan mendesak kerajaan supaya BELAJAR dari segala kesilapan yang selama ini dipandang ringan dan remeh temeh.Kerajaan pernah memutuskan bahawa pembangunan di kawasan tanah tinggi TIDAK akan diluluskan selepas kejadian satu daripada tiga blok Highland Towers yang runtu pada 1993 yang telah meragut 48 nyawa.Bagaimanapun Kerajaan tidak serius dalam melaksanakan peraturan yang telah dibuat.Kerajaan jangan jadi PEKAK BADAK.Demi keselamatan semua rakyat, kerajaan wajib bertegas untuk tidak lagi meluluskan sebarang permohonan mana - mana pihak yang mahu membangunkan kawasan di tanah tinggi atau cerun bukit.

Tak kira Kerajaan BN atau Kerajaan Pakatan Rakyat..Mesti kena tegas.Mungkin tuan tanah atau pemaju akan marah sekiranya larangan ini dibuat TETAPI keselamatan orang ramai adalah lebih penting dari keuntungan.Kerugian mungkin akan lebih besar sekiranya berlaku lagi tanah runtuh berbanding dengan kerugian jika tidak menjalankan projek di kawasan yang berisiko tinggi.

Dalam Al-Quran Allah telah pun menyebut bahawa bukit -bukau dan gunung- ganang adalah PASAK bumi.Tetapi manusia yang bodoh sombong tidak pernah mengambil peringatan Allah ini untuk dijadikan panduan hidup.Akibatnya berlakulah bencana alam yang mengakibatkan kerugian harta benda dan nyawa yang tidak berdosa!





No comments: