Saturday, November 29, 2008

LAGI GAMBAR FUTSAL



















Ni gambar-gambar masa main futsal malam Jumaat baru ni.Gambar ni clear sikit...photographer dia terer






TERIMA KASIH

Pihak tuan rumah kenduri..Md Puda dan Krie Setiausaha Cawangan kita mengucapkan banyak-banyak terima kasih pada semua ahli PAS Cawangan dan Pakatan Tmn Bandar Baru yang telah sudi hadir ke majlis kenduri di rumah mereka disamping membantu menjayakan majlis tersebut.

Pada Puda dan Krie..Kami pihak PAS Cawangan juga mengucapkan jutaan terima kasih atas jemputan kenduri tersebut.Terima kasih juga atas segala jamuan ..Nasi, gulai daging, acar, bihun sup, bubur labu...Alhamdulillah, lazat dan mengenyangkan.

Friday, November 28, 2008

KENDURI KAHWIN

Esok ada jemputan kenduri kahwin ahli kita di Taman Bandar Baru ni...Kenduri kahwin di rumah Md Puda.Majlis bermula jam 11.00 pagi hingga 5.00 petang.Kita kena pakat tolong siang daging awai sikit..jam 8 pagi kita dah kena siap sedia dah dirumah Puda ni.Kita tolong apa yang patut, bantu kawan kita ni..Ni kali pertama dia buat kenduri kahwin.Malam ni dia nak buat sedikit jamuan ringan untuk kita sambil adakan bacaan Yaa Sin.Minta berkat dan selamat.

Minggu lepas ahli kita juga buat kenduri kahwin...Rumah Nok Soya.Terima kasih Nok pasai jamu kami semua sampai kenyang.Selamat menyambut menantu.Dengar kata bulan depan baru nak pi rumah besan dia di Negeri Sembilan.

Jangan lupa esok ada juga kenduri di rumah Mertua Setiausaha Cawangan kita...Kenduri di Kg Tok Kun, belakang Taman Bandar Baru ja.Pada sesiapa yang dah dapat jemputan kenduri tu..silalah bertandang, jangan hampakan harapan tuan rumah.

InsyaAlllah esok kami semua pi ke kenduri dua buah rumah tu..

JOM PI NGAJI KITAB

Assalamualaikum..

Malam ni ada kuliah di Masjid An Nur Pokok Sena.Lepas Maghrib.Kuliah akan disampaikan oleh Al Fadhil Tuan Guru Ustaz Khairul Anuar...Tuan Guru Pondok Gajah Teriak Jitra.Al Fadhil Tuan Guru akan membacakan kitab Pati Faridatul Farait.

Sebenarnya Kuliah ni dah pun berjalan sejak 3 minggu yang lepas.Kuliah ni akan bermula pada setiap hari jumaat malam sabtu selepas maghrib.

Jom..kita pi ngaji ilmu akhirat pulak.Wawarkan pada semua rakan taulan dan sahabat handai.

Thursday, November 27, 2008

GAMBAR FUTSAL




Semalam lepas isyak..jam 10 malam, kami pakat turun main futsal.Kehadiran boleh tahan juga.Ada la lebih kurang 20 0rang.InsyaAlllah untuk next game...rasanya ramai yang akan turut join.


Ada beberapa kepin gambar yang dah ambil..InsyaAllah kita akan upload lagi lepas ni.Yang ada la ni cuma 2 keping..tu pun gambar tak cantik, pasai guna kamera yang cokia habis..dah la tu, photograper pun main belasah ikut dan saja.


Lepas ni kami akan upload gambar yang diambil menggunakan Kamera Canon kepunyaan Krie Setiausaha Cawangan.Guna kamera dia ..gambar lagi elok.

Wednesday, November 26, 2008

JOM MAIN FUTSAL

Jom join kami main futsal malam ni.Sebenarnya main futsal ni dah jadi rutin tetap PAS Cawangan Taman Bandar Baru 2 pada setiap malam Jumaat jam 10 malam bertmpat di Futsal Centre Bt 13..Dekat Kg Keda Pokok Sena.

Kita akan mula main jam 10.00 malam.Kita sembahyang Isyak dan baca Yaa Sin dulu..lepas tu baru la kita pi main futsal.Lagi ramai lagi bagus.Kita boleh main ganti-ganti.Tak la letih sangat.Biasa la..bila dah berumur ni, badan mana nak fit macam masa kita umur 18 tahun dulu.Sekurang-kurangnya keluar juga peluh.Sihat tubuh badan..senang kita nak buat amal ibadat.

Kalau yang ada anak besar tu..bawa la sama.Depa boleh join sekali.Sekurang-kurangnya kita boleh kenal anak kawan-kawan ni.Bukan setakat kenal bapa saja..kalau boleh kita nak memperkukuhkan persaudaraan sesama kita.Biar kita semua jadi macam adik beradik.Kenal hang aku.

InsyaAllah bila kita dah terer main futsal nanti..boleh la kita buat game sesama kita atau kita lawan dengan team kampung lain pulak.Apa macam..orait ka?

Jom..

BANTUAN ZAKAT


Alhamdulillah...malam tadi Cikgu Zuber telah bagi sedikit bantuan Zakat pada satu keluarga di Taman Bandar Baru ni.Moga2 Alllah membalas jasa baik cikgu.Keluarga ni terdiri daripada seorang Ibu tunggal bersama 6 orang anak yang masih kecil...yang sulung baru habis PMR..Umur 15 tahun.


Cikgu Zuber memberikan bantuan Zakat pada anak sulung keluarga miskin tersebut...Thanks a lot afor your kindness.


Ibu tunggal ni tak dak kerja tetap..cuma ambil upah basuh baju dan lipat kain di rumah orang.Boleh la sekita RM 200.00 sebulan.Mana la nak cukup dengan pendapatan banyak tu dan nak kena sara ramai anak.Tapi hidup terpaksa di teruskan.Kesian kami tengok..harap2 ada orang lain lagi sudi bantu.Boleh bagi bantuan basikal ka..orait juga.Anak2 dia pi Sekolah Menengah Pokok Sena .jalan kaki...jauh juga.Ada kot 2 km lebih.


2 hari lepas..Saudara Mat Zin pi hantar sedikit bantuan makanan.Hantar beras, gula , susu, garam dan sedikit lauk.Terima kasih Mat Zin.Boleh la juga keluarga ni mengalas perut.Dengar kata masa bulan puasa..kehidupan keluarga ni daif sangat2.Nak makan tak ada duit.Nasib baik la ada jiran yang prihatin macam Cikgu Non.

Jadi kalau ada sesiapa yang sudi bagi bantuan..amatlah dialu-alukan.Kesian kalau anak2 kecik tak makan.Kita yang dok makan kenduri hari-hari pun tak pernah teringat orang susah macam ni.Bagi la apa saja bantuan yang boleh..kain baju terpakai ka, makanan ka, duit ka..lauk pauk ka.InsyaAllah rezeki kita akan bertambah bila kita rajin bersedekah.
So..Kalau sapa2 nak bagi bantuan..jangan segan2 ..hubungi kami PAS Cawangan Taman Bandar Baru 2 @ terus jumpa dengan Ketua Komuniti Saudara Mat Zin.InsyaAlllah bantuan tersebut akan diberi terus pada keluarga tersebut.Kami TELUS..No comisyen are allowed!

Tuesday, November 25, 2008

PERJUMPAAN DENGAN YB BUKIT LADA

Assalamualaikum..

YB Adun Bukit Lada..YB Ust Ahmat Izzat Shauki akan mengadakan satu pertemuan tertutup...dialog la lebih kurang ..dengan semua ahli PAS Cawangan Taman Bandar Baru 2 pada 30 November ini jam 9.00 malam bertempat di bilik mesyuarat Tmn Bunga Sena .

Pada mesyuarat ni..kita akan adalah dialog dengan YB.Sampaikan apa saja maklumat dan pertanyaan pada YB.InsyaAllah lepas dialog ni..semangat waja diri kita akan lebih power!Tak main la setakat "Power Root".Tu power cap Ayam Katik.Kita mau lebih power lagi.Jangan takut..malam tu kita minum Tongkat Ali.RM kata nak sponsor.Ala RM..berapa sen saja kopi tu.La ni kita dok meniaga juta-juta.Dah la tu perintah negeri pulak.Setakat sponsor Kopi Tongkat Ali ...beres Pak!

Pasai makan..jangan risau.InsyaAllah kami boleh atur.Walaupun tak mewah macam makan di Hotel Holiday Villa, tapi mengenyangkan.Man Fantasi kata dia nak masak sedap2 untuk jamu kita semua.Jadi semua kena mai..jangan malu jangan segan.Kawan-kawan kita semua,bukannya orang lain pun.

Jadi kepada semua Ahli PAS Cawangan..siap la dengan soalan.Kita gegarkan malam perjumpaan nanti.Biar YB tau..ni la Cawangan PAS yang lain daripada yang lain.Kita nak YB kita maju ke depan..opss, maksud kami YB kita selalu kehadapan memperjuangkan isu2 semasa.Bukannya pasai kami nak suruh perut YB jadi boroi pasai terlebih makan kenduri.

Kemukakan apa saja pada YB.InsyaAllah YB kita akan jawab semua isu malam tu.Tapi jangan la dok tanya dia pasai soalan merapu... masalah menikah cerai artis ka, masalah pasaran saham di Tokyo atau masalah Parti Cap Ayam.

Kepada YB..jangan risau, kami semua ni baik2.Kami sayang sangat2 pada YB.Kami nak YB ni jadi Hero kami.Kami nak YB jadi Hang Jebat!Berani...!Suarakan apa saja kepentingan rakyat.


MENGAPA KAMI PILIH PAS

Ceh..Ada seorang Mamat tanya pasai apa kami pilih PAS , tak pilih parti lain.Mamat ni mungkin tak sekolah atau pun pengikut Ajaran Sesat.Tak tau mana satu Ajaran Sesat yang dia ikut..Ayah Pin kot atau Ajaran Haji Kahar Nabi Melayu.

Jawapannya cukup mudah.Kami cukup yakin dan percaya bahawa PAS merupakan sebuah pergerakan yang memperjuangkan AKIDAH ISLAM.Ini kerana kami baca perlembagan PAS fasal 5(1) yang menyatakan bahawa tujuan penubuhan PAS ialah :

"memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya syariat Islam dan hukum - hukum menuju keredhaan Allah"

Untuk Mamat ni dan juga mereka yang lain, marilah kita sama-sama pakat join dan jadi Ahli PAS.InsyaAllah tak rugi.Kalau kita kejar Akhirat...Dunia tidak akan tinggalkan kita..

Adios..Ibnu Razak

OUR FIRST DAY BLOGGING

Ahlan Wasahlan,Ya Marhaban..You are welcome.Syukur Alhamdulillah, segala pujian hanya untuk Allah.Selawat dan salam ke atas Rasul junjungan Muhammad SAW.Salam manis dan sejambak penghargaan kepada semua Ahli PAS Cawangan Taman Bandar Baru [ TBB ] 2 Pokok Sena Kedah dan kepada semua yang telah menyumbang dalam membina blog ini.

Buah fikiran, idea, kritikan malah sindiran kalian semua telah memberikan kami semangat membara..[Bukan Semangat Tahi Itik] untuk sama-sama memblog bagi faedah bersama.Blog ini ditulis dalam suasana santai dan bersahaja bertujuan untuk mempercampahkan pemikiran ahli2 PAS Cawangan TBB selain melaporkan segala macam aktiviti, gerak kerja dan masalah setempat atau apa saja yang kami fikirkan perlu ditulis atau diulas dalam bolg ini.

PAS 4 All..kami akan tulis apa saja..from Nothing to Everything.From Zero to Hero.Kami akan menulis, melapor dan mengkritik..tapi tak la MENGHINA.Jangan salah faham pulak.Kami bersedia menerima teguran dan pandangan daripada semua dalam usaha untuk memperkasakan PAS Cawangan TBB.

" Kami tak kuat tapi bila bekerjasama..semua jadi mudah " ..Ceh macam lagu Wonder Pet saja.Walaupun PAS Cawangan ni baru saja ditubuhkan..iltizam kami cukup tinggi .Setinggi awan di langit tinggi lagi iltizam kami.

Dalam kesempatan ini kami ingin mengucapkan setinggi2 penghargaan kepada seluruh Ahli PAS Cawangan TBB khususnya pada Saudara Mat Zin Ketua Komuniti , Saudara Mat Zin Naib Ketua, Saudara Krie Setiausaha, Saudara Sukri Bendahari, Saudara Cikgu Hasyim, Saudara Man Fantasi dan semua mereka yang telah memberikan idea dan pandangan bagi mewujudkan blog ini.

Harapan kami ialah supaya blog ini tidak hanya sebagai medium untuk melaporkan perkembangan Parti, tetapi sebagai wadah untuk mencetuskan dan menggarap idea, meluahkan pandangan dalam usaha untuk memartabatkan Islam.