Tuesday, January 27, 2009

KESILAPAN TERBESAR SAYA IALAH MENAJA PROJEK MYTEAM KHAIRY!

Tq Malaysiakini

AirAsia boss Tony Fernandez has described his decision to sponsor Khairy Jamaluddin’s MyTeam football project as being the “biggest mistake” of his life.
He said the move - which was meant to make some local lads’ dreams come true - “backfired” instead when it was rumoured that Khairy, Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi’s son-in-law, owned a stake in AirAsia.

“The biggest mistake of my life, and to be fair to this guy, (was when) Khairy Jamaluddin’s team came to propose sponsoring the MyTeam (football project).
“How fantastic - taking guys from the rubber estates, from kampungs, from new villages - to London to play Manchester United. This airline is all about making dreams come true. We’ve also sponsored Manchester United. How great!” said Fernandez in a 60-minute interview with Malaysiakini last Thursday in his office at the Low-Cost Carrier Terminal in Sepang.
“But then it backfired because suddenly, it was rumoured that Khairy and the ‘Fourth Floor’ now own 40 percent of AirAsia.”

Fernandes said he was willing to swear on whatever sacred scripture that would satisfy those who claimed that Khairy has a sizable stake in the budget carrier.
“I hate to sound like a politician, but put a Bible, Quran, whatever, in front of me and I’ll swear on it and say no! I only did the MyTeam thing with him.”
According to Fernandes, the blogosphere where the rumours have originated is become “sick and twisted”.
‘I’ve tried to engage bloggers’

The AirAsia’s 46-year-old chief executive argued that had he enjoyed close links with Abdullah and Khairy, the airline would not have lost several lucrative contracts to MAS.
He cited the deal to transport Muslim pilgrims to Saudi Arabia and the arrangement with the Defence Ministry to transport soldiers between East Malaysia and Peninsular Malaysia.
“Under DRB-Hicom, we had the haj contract, which was very valuable to us, and I did it for two years. MAS took that away (in 2003). They undercut us, we couldn’t match it, and it was gone. But that’s fair competition. No complaints. But you say I’m a crony? If so, I should have been able, with all my powerful friends, to keep the haj contract.
“The Ministry of Defence contract, we did it for seven years and gave fantastic service to the army. Look who’s minister of defence (PM Abdullah) now. Yet, we lost 50 percent of the defence contract to MAS,” said Fernandes.

He blamed a “vicious” community of bloggers for failing to appraise his company objectively.
“It’s guilt by association. I’m ‘collateral damage’, aren’t I?” he said. “There’s just a vicious community of bloggers out there who just spout hate. I’ve tried to engage them. I’ve even invited them here.”

However, if there’s one positive outcome from the personal attacks, it is the motivation for Fernandez to prove his detractors wrong.
“They’re willing to bash me and use racial slurs. There’s one good thing, though, and that’s they’ve called me fat. So now I’m motivated to be thin! When I read the blogs, I see, ‘Hey Fatso!’ But I’m going to show you I can be thin!” said Fernandes, laughing.

Sunday, January 25, 2009

MELAYU TIADA NILAI DI AKHIRAT NANTI -TG NIK ABD AZIZ

Tq Siasah Online

KUALA TERENGGANU, 23 Jan: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyeru masyarakat supaya mengubah istilah daripada membela Melayu kepada memperjuangkan Islam.

Sehubungan itu, beliau mempersoalkan berapakah nilai Melayu di akhirat kelak.“Membela Melayu, berapa sen harga Melayu di akhirat? Allah tidak tanya di akhirat nanti, awak Melayu atau Cina. Tapi hendaklah membela Islam bukan memperjuangkan Melayu tapi memperjuangkan Islam,” ujarnya ketika berucap pada Majlis Ceramah Perdana Sempena Meraikan Kemenangan Calon Pakatan Rakyat Pilihan raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu, di sini, malam semalam.

Turut menyampaikan ceramah ialah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut.
Justeru beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, jadi tidak usahlah disebut ketuanan Melayu sebaliknya sebutlah ketuanan Islam.

“Selagi sebut ketuanan Melayu, hidup Melayu, hidup Melayu, Cina nak letak di mana, India nak letak di mana?” tanya beliau. Tetapi, katanya kalau disebut ketuanan Islam, ada juga Cina dan India yang beragama Islam.

Ini, jelasnya kerana orang Arab pun tidak semestinya dapat memasuki syurga.
"Bapa saudara nabi bernama Abu Lahab adalah orang Arab. Tapi dinyatakan dalam Quran, Abu Lahab akan masuk neraka kerana tidak memperjuangkan Islam.
”Jadi sebagi bapa saudara nabi, orang Arab yang faham bahasa Arab, yang faham Quran pun tak masuk syurga, apa lagilah orang Melayu yang tak faham bahasa Arab dan Quran,” ujarnya

Saturday, January 24, 2009

SELAMAT TAHUN BARU CINA

PAS Tmn Bandar Baru mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua mereka yang berbangsa Cina tak kira di mana saja berada.Kepada kaum Cina khususnya di Pokok Sena, marilah bersama kami memberikan sokongan moral dan tenaga untuk sama-sama melihat negeri Kedah ini terus ditadbir secara jujur dan berhemah oleh wakil rakyat yang beramanah.

Semoga kedatangan Tahun Baru Cina akan menguatkan lagi hubungan kita sesama manusia.


Friday, January 23, 2009

BETUL KA TAHANAN POLIS NI MATI KERANA PARU-PARU BERAIR?

Assalamualaikum

Seorang tahanan polis A.Kugan dilaporkan mati akibat terjatuh semasa soal siasat polis.Bedah siasat menunjukkan bahawa tahanan ini mati kerana masalah Asthma dan Paru-paru berair.Fikir-fikirkanlah...


Logik ka dak jawapan tu..tuan2 fikirkanlah.Tu baru tahanan biasa.Kalau tahanan ISA..lagu mana pulak?

Thursday, January 22, 2009

JOM KACAU BUBUR ASYURA

Salam untuk semua..

Esok pagi 23hb January 2009 jam 8 pagi, kita akan masak bubur As Syura.Lokasi masak..dekat Kedai Kak Timah,tepi jalan nak masuk Taman Bandar Baru.

Harap semua boleh datang awal sebab kita nak masak banyak kawah.Alhamdulillah sambutan dari masyarakat setempat menggalakkan.Rasanya kita dah dapat kot lebih dari 50 0rang untuk turut serta dalam majlis ni.

Makan tengah hari jangan risau..Kita dah sedia nasi gulai ikan temenung .Bang Mid masak nasi.RM masak gulai ikan.

InsyaAllah bubur As Syura tu kita akan sedekahkan juga pada jemaah yang datang mengaji Kitab di Masjid An Nur malam esok.Jangan lupa kita bersama dengan Tn Guru Ust Hj Khairul Anuar Hj Syafiee..dari Pondok Gajah Teriak Jitra.

Jom..kita raikan bersama bulan Muharram.Moga2 kita akan lebih bertaqwa kepada Allah.Tingkatkan usaha untuk mempertahankan kemenangan Islam.

Wednesday, January 21, 2009

KENYATAAN ZAHID HAMIDI BENGONG

  1. Kami merakamkan rasa terkejut dan mengecam keras kenyataan bengong Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Zahid Hamidi seperti yang tersiar di dalam beberapa akhbar utama.
  2. Kenyataan Datuk Ahmad Zahid Hamidi menggambarkan bahawa beliau tidak dapat menerima kekalahan UMNO dalam pilihanraya lebih-lebih lagi pilihanraya kecil KT baru2 ini.Sikap Zahid Hamidi yang cuba menghalang Ketua Agensi Kerajaan Persekutuan daripada menghadiri mesyuarat dengan Kerajaan PR memberikan imej yang jelas bahawa menteri ini adalah menteri yang bodoh dan bahlul dalam konteks perlembagaan persekutuan.Inilah menteri yang berperangai seperti Israel dan zionis!
  3. Sepatutnya selepas balik dari mengerjakan Haji, Menteri Zahid Hamidi berubah menjadi lebih tawadduk..rupanya terbalik kot.Lebih haprak dan amat memalukan.
  4. Sebelum ini Zahid Hamidi sudahpun memalukan dirinya dengan memfitnah kerajaan PR Perak bahawa Tadika Kemas di sana hendak ditutup dan diarah keluar dari bangunan sedia ada.Apa pulak menteri ni cuba melalut..kami tak pernah nak tutup Tadika Kemas dan kami juga tak pernah nak ambil tahu pasal tadika Kemas pasal anak2 kami semua mengaji tadika PASTI! .
  5. Kenyataan bengong Zahid Hamidi bahawa Agensi Kerajaan Pusat hanya melayan permohonan yang ditandatangani oleh JKKP sahaja amat memalukan.Kalaulah begitu tahap pemikiran Menteri JPM ini kami beranggapan bahawa beliau sudah sampai kepada tahap sewel dan memerlukan rawatan sakit jiwa.

Sunday, January 18, 2009

WASIAT HASAN ALBANA - JANGAN LUPA MEMBACA AL-QURAN SETIAP HARI

Marilah kita jangan lupa baca Al Quran setiap hari kerana Al Quran itu ada keberkatannya.Di satu wilayah di Indonesia, pihak pemerintah daerahnya mewajibkan para pegawai kastam mereka membaca Al Quran selama 10 minit sehari dan hasilnya menakjubkan.Kadar rasuah Jabatan kastam di daerah tersebut turun mendadak!


Saturday, January 17, 2009

TAHNIAH YB ABDUL WAHID ENDUT

  1. Pas Taman Bandar Baru 2 mengucapkan tahniah kepada YB Abdul Wahid Endut atas kejayaannnya memenangi kerusi Parlimen KT kelmarin.Alhamdulillah segala puji dan syukur kepada Allah yang telah memberikan nikmat kepada perjuangan Islam.
  2. Kami juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada seluruh pengundi Parlimen KT yang telah memilih PAS sebagai wakil parlimen mereka.InsyaAllah, undi tuan puan tidak sia2 dan semoga undi tuan puan akan dikira sebagai satu amal jariah dan diberi pahala yang besar disisi Allah.
  3. Kami juga merakamkan penghargaan tertinggi dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat,pendokong PAS dan Pakatan Rakyat serta petugas PAS dan Pakatan Rakyat dari semua peringkat yang telah bertungkus lumus bekerja keras bagi memenangkan YB Abdul Wahid Endut.Terima kasih daun keladi,kita berjuang sampai mati.
  4. Kepada YB Abdul Wahid Endut, kami berdoa semoga YB dapat menjalankan tugas dengan penuh amanah dan berdedikasi.
  5. Sementara kita meraikan kemenangan, janganlah kita lupa untuk banyak2 mengucapkan syukur kepada Allah dan moga2 kemenangan ini akan melonjakkan lagi semangat kita untuk terus berjuang memartabatkan Islam.
  6. Gerak kerja seterusnya perlu disusun dan diperkemaskan disamping berusaha mengatasi segala kekurangan dan kelemahan kita dalam usaha kita untuk terus memenangi kerusi dalam pilihanraya yang akan datang.
  7. Ingatlah, bukan setakat Allah memerhatikan kita.Sekarang ini rakyat semakin cerdik dan mereka menilai setiap perlakuan dan tindakan kita.

Monday, January 12, 2009

EZAM YANG KURANG WARAS

Entah apa gerangan Ezam Mat Noor ni..dah jadi gila babi dan sewel kot sejak masuk UMNO ni.Dalam ceramah bohongnya di KT dia cabar PAS nyatakan pendirian parti setelah dia 'konon'nya mendedahkan bahawa Anwar telah meminta beliau berdamai dengan Dr Mahathir.

Lantak hang la Ezam.Kami nak peduli apa dengan pendedahan hang tu.Masa hang dalam PKR hang kata macam2 kat UMNO dan Dr Mahathir.Alih2 bila hang masuk UMNO hang kata macam2 kat Anwar , PKR dan Pas.Jadi sapa yang berbohong dan munafik? Jawab dia mudah ja..Hang la Ezam!

Dulu hang hulubalang nombor satu mempertahankan Anwar.Kalah Hang Tuah mempertahankan Sultan Melaka.La ni hang dah jadi sewel dan tak siuman sejak masuk UMNO.Kami orang-orang PAS macam nak pecah perut bila tengok perangai hang.Sebijik macam makhluk di Hospital Bahagia Tg Rambutan.

Ezam ni sebenarnya dah tak ketahuan hala.Lebih baik hang tok sah bercakap daripada buat kenyataan yang akan memalukan diri sendiri.Nasihat kami...Hang keluar la dari UMNO, masuklah dalam Pas.

Tuesday, January 6, 2009

JANGAN SEMBAHYANG MAYAT YANG LAWAN HUKUM ISLAM!

Orang yang lawan hukum Islam.[.kena baca HUKUM HUDUD..] adalah HARAM bagi kita menyembahyangkan mayatnya!


TAKBIR JKK & ULTRAMAN

Assalamualaikum

Ni ada sedikit sedutan kuliah Ustaz Azhar bersabit dengan Takbir semasa solat.Menarik dan jadikan ia sebagai pengajaran.Thanks Siputonline!


Monday, January 5, 2009

DEMONTRASILAH WAHAI KETUA PEMUDA UMNO POKOK SENA

Pagi tadi teman terbaca akhbar Sinar Harian di Kedai RM.Ada satu tajuk yang menarik perhatian..Ketua Pemuda UMNO Pokok Sena, saudara Haris Che Mat akan membuat demontrasi besar - besaran di perkarangan Wisma Darul Aman jika masaalah sampah sarap tidak dapat diselesaikan oleh MBAS.

Buatlah Haris oi..jangan tak buat.Biar pegawai MBAS pening kepala dan sakit jiwa dengan demontrasi yang saudara nak buat.Kami sokong 101%.Sudah menjadi rahsia yang diketahui umum bahawa ada pegawai MBAS yang bersikap secara tidak profesional..Mereka ini lebih Umno daripada UMNO.Sepatutnya sebagai kakitangan kerajaan, mereka tidak boleh memihak semasa bertugas, malangnya sesetengah daripada mereka bertindak seperti duri dalam daging.Cuba untuk memburukan imej Kerajaan Pakatan Rakyat secara tidak langsung.

Jadi elok benarlah Saudara Haris Che Mat berdemontrasi mengenai MBAS.Kalau boleh buat khemah di sana.Makan minum, tidur bangun , kencing berak pun kat situ juga.Buat demontrasi macam di Thailand.Buatlah demontrasi 100 hari 100 malam.Ajaklah Dato' Mahadir Khalid sekali.Kalau boleh ajak polis dan FRU turut serta!

Sambil2 buat demontrasi tu, buatlah desakan supaya pegawai MBAS yang UMNO ni supaya jalankan kerja.Bukan makan gaji buta.Kalau depa tak mau..suruh depa letak jawatan.Lepas ni ajak depa kerja dengan mana2 company UMNO.Selamat la sikit MBAS dan kerajaan negeri.

Jangan lupa tau...buatlah demontrasi secepat mungkin!Kalau berani buat juga demontrasi di depan Kedutaan Amerika untuk membantah kekejaman Israel terhadap saudara Islam kita di Palestin.Berani ka?Kalau ada Telor..ayuh silakan!

SELAMAT BERJUANG PAS TERENGGANU

Alhamdulillah...Calon PAS YB Abd Wahid Endut telah diterima sebagai calon PAS bagi Parlimen Kuala Terengganu melawan calon BN dan Bebas.InsyaAllah PAS boleh menang dan PASti ISLAM akan menang.Semakin kuat ISLAM ditindas, semakin kuat ISLAM akan bangkit.Ini adalah janji Allah.

Hari ni Tun Dr Mahathir telah pun mengingatkan kepada pengundi KT bahawa calon BN Dato' Wan Farid adalah proksi kepada Pak Lah.Tun Dr Mahathir juga mengingatkan bahawa calon BN adalah calon yang paling teruk!Jadi tunggu apa lagi..kalau Dr Mahathir yang pernah pegang tampuk kepimpinan negara dan UMNO selama 22 tahun pun kata calon BN teruk dan tak boleh pakai..rakyat marhaim ni tunggu apa lagi! Bangkitlah wahai pengundi KT..berilah sokongan kepada Islam.Undilah PAS!

Kepada seluruh orang yang mengaku Islam..tolonglah beri sokongan dan bantuan untuk Islam supaya menang.Kalau tak mampu nak beri sumbangan material..sekurang-kurangnya buatlah sembahyang hajat setiap hari dan setiap kali berdoa jangan lupa doakan supaya PAS menang dalam pilihanraya kecil KT.InsyaAllah segala usaha kita ini akan dikira sebagai amal jariah dalam memartabatkan Islam.

Kalau nak masuk Syurga sokong dan ikutlah Rasulullah.Kalau nak masuk Neraka jangan segan2 ikut Abu Lahab dan Abu Jahal.

Salam Maal Hijrah & Tahun Baru 2009

Assalamualaikum semua..semoga sentiasa dirahmati Allah dalam kehidupan seharian.Didoakan semoga beroleh keberkatan dan nikmat kehidupan yang diredhai Allah.

Minta maaf banyak2 pasal lama tak update blog ni.Bahan banyak..tapi moderator buat-buat sibuk.Ada urusan tertentu yang menghalang update blog.Ceh..alasan lagi.

Sempena Tahun Baru Maal Hijrah ni, marilah kita semua sama2 berazam untuk tingkatkan ketaqwaan kepada Allah.Masuk tahun baru ni bermakna umur kita semakin meningkat.Kita semua semakin hari semakin hampir kepada kematian!Memang la kita semua akan mati, tapi adakah kita BERSEDIA untuk mati.Cukup ka bekalan kita yang nak dibawa mengadap Allah nanti.Setakat sembahyang lima waktu,puasa, zakat dan haji..layak ka kita nak masuk Syurga Firdaus? Layak ka kita minta pembalasan Syurga kalau setiap hari kita dok lawan Islam?

Semua orang kita tak mengaku lawan Islam.Tapi perlakuannya memang 120% anti Islam.Bila PAS sebut nak buat Hudud..ada la manusia Haram Jadah yang kata Hudud tak sesuai dilaksanakan di Malaysia.Alasan masyarakat majmuk.Bodoh dan bangang sungguh puak2 ni.Hudud ni cuma untuk orang Islam saja...yang bukan Islam boleh la guna perundangan sedia ada.Kalau puak Melayu yang mengaku Islam tapi tak mau kepada perundangan Islam..eloklah supaya pergi berjumpa dengan Pesuruhjaya Sumpah.Declare bahawa kamu tu tak mau kepada Islam.Lebih elok kalau tukar nama sekali kepada nama yang tak ada kena mengena dengan Islam.Bila mati esok, jangan lupa Pengakuan Bersumpah tu masukkan dalam keranda.Senang sikit..Malaikat Mungkar Nakir pun tak payah tanya banyak.Kalau Malaikat tanya lebih2..tunjukla Pengakuan Bersumpah tu! Apa macam..Berani ka nak buat?