KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta diberikan tempoh setahun untuk membanteras gejala rasuah di negara ini.
Timbalan Pesuruhjayanya, Datuk Abu Kassim Mohamad, berkata semua pihak perlu memberi peluang kepada SPRM untuk membuktikan keupayaannya membanteras gejala rasuah.
“Beri kami setahun dan kami akan buktikan usaha kami akan berjaya memerangi rasuah.
Hello Mat, Altantuya kena bunuh dah 3 tahun. Khir Toyo dan isteri dia merompak dah bertahun-tahun. Duit Monsoon Cup ghaib sudah berzaman. Kes Ghani Patail, Musa Hassan and Co. sudah berbelas tahun. Duit Khazanah ghaib sudah beratus bulan. Lu tidur lagike beb?
“Kami sedia dikritik jika gagal melaksanakan tugas yang diamanahkan,” katanya ketika
membentangkan kertas kerja pada Persidangan Anti Rasuah anjuran Institut Kepimpinan dan Strategi Asean (Asli) dan Ketelusan Antarabanga Malaysia di sini, semalam.
Hello Mat, Lu bukan kena sedia dikritik, Lu kena sedia cari kerja lain. Lu tidak afdal untuk buat kerja tu beb.
Abu Kassim berkata, SPRM juga tidak pernah atau sengaja menyembunyikan kes rasuah berprofil tinggi yang dilaporkan kepada mereka.
Hello Mat, Lu memang tidak pernah, TAPI Lu tak sengaja sebab Lu terlupa itu fail kes rasuah ada dalam bilik tidur Rosmah. Suruhlah Ezam atau Bala pergi ambil. Ngooooklah lu beb.
Sebaliknya, SPRM sentiasa berusaha menyiasat setiap kes rasuah yang dilaporkan oleh pengadu.Memanglah SPRM siasat. Lu siasat kes basikal hilang di jalan Abu. Kenapa Lu tidak siasat macam mana C4 hilang?
“Inilah kesukaran yang kami hadapi kerana persepsi masyarakat terhadap kami,” katanya.
Ngoook… ini bukan persepsi. Ini realiti. Ngoooook betullah SPRM ni. Eh eh eh, nak saman sebab cakap Lu ngooook? Ok sorry, Lu tidak ngooook, Lu bebal dan bahalol.
kerajaanrakyat.com
Tuesday, March 31, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
LAMA TAK UPDATE .SEBOKKA.
Post a Comment