Wednesday, March 4, 2009

Politik Perak Semakin Bercelaru..

  • Politik Negeri Perak sudah memasuki alam tempoyak.Kalau dulu baru jadi durian lama, kini bertambah status kepada tempoyak masam.
  • Keadaan semakin membingungkan bila MB Kudeta memohon injuksi mahkamah supaya Speaker tidak mengadakan persidangan Dun Tergempar.
  • Speaker tetap dengan keputusannya untuk mengadakan persidangan tergempar , maka terjadilah Persidangan Dun terhebat dalam sejarah dunia moden iaitu terpaksa bersidang di bawah pokok gara-gara Pejabat SUK yang menempatkan DUN dikunci oleh kerajaan Haram Jadah.
  • Pesuruhjaya Kehakiman Ridwan Ibrahim mengeluarkan perintah bahawa sidang Dun tidak boleh diadakan..tiada had masa diberikan.
  • Bagaimanapun timbul pula persoalan baru..Tempoh perkhidmatan Pesuruhjaya Kehakiman Ridwan Ibrahim telah tamat pada 28 February 2009.Tidak diketahui setakat ini sama ada perkhidmatan beliau disambung semula atau tidak.
  • Sekiranya benar tempoh perkhidmatan Pesuruhjaya Kehakiman tersebut tidak disambung atau dilanjutkan, maka timbul pula persoalan baru iaitu sama ada perintah itu sah atau sebaliknya.
  • Maka jadilah politik Perak ini semakin menggelikan hati.
  • Tempoyak semakin masam bila disimpan terlalu lama akibat ramuannya tidak cukup tambahan pula tempoyak itu dibancuh bersama 3 ketul tahi anjing ! Memang meloyakan!

No comments: