Tuesday, March 3, 2009

Kalaulah P Ramlee Masih Hidup..

  1. Adegan Menteri Haram Jadah Fasola yang merampas kuasa di Perak rupa-rupanya sudah dilakonkan lebih awal oleh P Ramlee.Menteri Besar 'Haram' berselindung disebalik gua [ Baca Kekebalan Undang-undang] dan tidak menghiraukan langsung rakyat jelata yang mencemuh dan memakin hamun beliau setiap hari atas sikap dan perangan jelek yang beliau lakukan sehingga menyusahkan rakyat.Kalau Menteri Fasola menggunakan kuasa sakti,Menteri Besar 'Haram' pula mempergunakan polis dan undang-undang sendiri.
  2. TPM Najib pun tahu bahawa rampasan kuasa ini adalah haram dan tidak bertamadun tetapi beliau rupanya bersikap seperti Tok Kadi dalam Filem Musang Berjanggut..'Undang-undang boleh diubah sebab ana yang bikin'!
  3. Timbul masalah sekarang kerana kita tidak mempunyai Laksamana Do, Re dan Mi untuk menghapuskan Menteri Fasola yang membuat onar di Perak.
  4. Kalaulah P Ramlee masih hidup, beliau juga mungkin akan ketawa berguling-guling melihat Menteri Besar Pasola sekarang sedang berak sambil memikirkan apa lagi kaedah dan undang-undang yang akan digunakan untuk menghalalkan apa yang haram.
  5. Dunia sedang memerhatikan kita...disebalik bangunan DUN yang tersergam indah, rupanya terpaksa bersidang di bawah pokok.Inilah sejarah dunia terhebat abad ini.Syabas..Malaysia boleh.

No comments: