Tuesday, November 25, 2008

PERJUMPAAN DENGAN YB BUKIT LADA

Assalamualaikum..

YB Adun Bukit Lada..YB Ust Ahmat Izzat Shauki akan mengadakan satu pertemuan tertutup...dialog la lebih kurang ..dengan semua ahli PAS Cawangan Taman Bandar Baru 2 pada 30 November ini jam 9.00 malam bertempat di bilik mesyuarat Tmn Bunga Sena .

Pada mesyuarat ni..kita akan adalah dialog dengan YB.Sampaikan apa saja maklumat dan pertanyaan pada YB.InsyaAllah lepas dialog ni..semangat waja diri kita akan lebih power!Tak main la setakat "Power Root".Tu power cap Ayam Katik.Kita mau lebih power lagi.Jangan takut..malam tu kita minum Tongkat Ali.RM kata nak sponsor.Ala RM..berapa sen saja kopi tu.La ni kita dok meniaga juta-juta.Dah la tu perintah negeri pulak.Setakat sponsor Kopi Tongkat Ali ...beres Pak!

Pasai makan..jangan risau.InsyaAllah kami boleh atur.Walaupun tak mewah macam makan di Hotel Holiday Villa, tapi mengenyangkan.Man Fantasi kata dia nak masak sedap2 untuk jamu kita semua.Jadi semua kena mai..jangan malu jangan segan.Kawan-kawan kita semua,bukannya orang lain pun.

Jadi kepada semua Ahli PAS Cawangan..siap la dengan soalan.Kita gegarkan malam perjumpaan nanti.Biar YB tau..ni la Cawangan PAS yang lain daripada yang lain.Kita nak YB kita maju ke depan..opss, maksud kami YB kita selalu kehadapan memperjuangkan isu2 semasa.Bukannya pasai kami nak suruh perut YB jadi boroi pasai terlebih makan kenduri.

Kemukakan apa saja pada YB.InsyaAllah YB kita akan jawab semua isu malam tu.Tapi jangan la dok tanya dia pasai soalan merapu... masalah menikah cerai artis ka, masalah pasaran saham di Tokyo atau masalah Parti Cap Ayam.

Kepada YB..jangan risau, kami semua ni baik2.Kami sayang sangat2 pada YB.Kami nak YB ni jadi Hero kami.Kami nak YB jadi Hang Jebat!Berani...!Suarakan apa saja kepentingan rakyat.


1 comment:

cree said...

Gambar masa perjumpaan malam tu nanti cameraman bagi.Kena edit bagi lawa sikit.Tambah-tambah gambar Ketua Cawangan tengah berucap tu,kena ejas bagi hansome sikit.