Wednesday, November 26, 2008

BANTUAN ZAKAT


Alhamdulillah...malam tadi Cikgu Zuber telah bagi sedikit bantuan Zakat pada satu keluarga di Taman Bandar Baru ni.Moga2 Alllah membalas jasa baik cikgu.Keluarga ni terdiri daripada seorang Ibu tunggal bersama 6 orang anak yang masih kecil...yang sulung baru habis PMR..Umur 15 tahun.


Cikgu Zuber memberikan bantuan Zakat pada anak sulung keluarga miskin tersebut...Thanks a lot afor your kindness.


Ibu tunggal ni tak dak kerja tetap..cuma ambil upah basuh baju dan lipat kain di rumah orang.Boleh la sekita RM 200.00 sebulan.Mana la nak cukup dengan pendapatan banyak tu dan nak kena sara ramai anak.Tapi hidup terpaksa di teruskan.Kesian kami tengok..harap2 ada orang lain lagi sudi bantu.Boleh bagi bantuan basikal ka..orait juga.Anak2 dia pi Sekolah Menengah Pokok Sena .jalan kaki...jauh juga.Ada kot 2 km lebih.


2 hari lepas..Saudara Mat Zin pi hantar sedikit bantuan makanan.Hantar beras, gula , susu, garam dan sedikit lauk.Terima kasih Mat Zin.Boleh la juga keluarga ni mengalas perut.Dengar kata masa bulan puasa..kehidupan keluarga ni daif sangat2.Nak makan tak ada duit.Nasib baik la ada jiran yang prihatin macam Cikgu Non.

Jadi kalau ada sesiapa yang sudi bagi bantuan..amatlah dialu-alukan.Kesian kalau anak2 kecik tak makan.Kita yang dok makan kenduri hari-hari pun tak pernah teringat orang susah macam ni.Bagi la apa saja bantuan yang boleh..kain baju terpakai ka, makanan ka, duit ka..lauk pauk ka.InsyaAllah rezeki kita akan bertambah bila kita rajin bersedekah.
So..Kalau sapa2 nak bagi bantuan..jangan segan2 ..hubungi kami PAS Cawangan Taman Bandar Baru 2 @ terus jumpa dengan Ketua Komuniti Saudara Mat Zin.InsyaAlllah bantuan tersebut akan diberi terus pada keluarga tersebut.Kami TELUS..No comisyen are allowed!

1 comment:

pakdin said...

assalamualaikum, saya mohd khairun najahuddin pelajar tahun 2 diploma komunikasi di kolej universiti islam antarabangsa selangor (kuis) di bandar bukit mahkota, bangi. saya ingin bertanyakan berkenaan bantuan yang mungkit saya boleh perolehi untuk menampung kos makan dan pembelajaran saya di kuis kerana saya telah kematian kedua ibu bapa saya dan tiada sumber kewangan yang kukuh. saya juga terpaksa berulang alik ke kampung di tanjong karang selangor pada setiap hujung minggu untuk bekerja di kebun sawit bagi mendapatkan duit poket sendiri. kepada saudara dan saudari yang boleh membantu atau mempunyai maklumat untuk mendapatkan bantuan kewangan bolehlah menghubungi atau menghantar khidmat pesanan ringkas (sms) ke nombor 013-3881410. sekian terima kasih..

din