Wednesday, November 26, 2008

JOM MAIN FUTSAL

Jom join kami main futsal malam ni.Sebenarnya main futsal ni dah jadi rutin tetap PAS Cawangan Taman Bandar Baru 2 pada setiap malam Jumaat jam 10 malam bertmpat di Futsal Centre Bt 13..Dekat Kg Keda Pokok Sena.

Kita akan mula main jam 10.00 malam.Kita sembahyang Isyak dan baca Yaa Sin dulu..lepas tu baru la kita pi main futsal.Lagi ramai lagi bagus.Kita boleh main ganti-ganti.Tak la letih sangat.Biasa la..bila dah berumur ni, badan mana nak fit macam masa kita umur 18 tahun dulu.Sekurang-kurangnya keluar juga peluh.Sihat tubuh badan..senang kita nak buat amal ibadat.

Kalau yang ada anak besar tu..bawa la sama.Depa boleh join sekali.Sekurang-kurangnya kita boleh kenal anak kawan-kawan ni.Bukan setakat kenal bapa saja..kalau boleh kita nak memperkukuhkan persaudaraan sesama kita.Biar kita semua jadi macam adik beradik.Kenal hang aku.

InsyaAllah bila kita dah terer main futsal nanti..boleh la kita buat game sesama kita atau kita lawan dengan team kampung lain pulak.Apa macam..orait ka?

Jom..

2 comments:

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Tahniah atas tertubuhnya blog ini. Saya nak bagi bbrp pendapat :
1. kalau ada logo mmg cantik
dantambahkan grafik skt.
2. wujudkan lmn sembang diantara
ahli.
3. masukkan buletin terkini dan
siarkan akt. mingguan n bulanan
utk tatapan ahli.
4. pecahkan kpd bbrp bhg cth bicara
politik, mklmt ttg kws dll.

Apapun tahniah atas usaha saudara moderator n truskan usaha anda..

PAS UTK SEMUA

TAKBIR!!!!!!!