Tuesday, November 25, 2008

OUR FIRST DAY BLOGGING

Ahlan Wasahlan,Ya Marhaban..You are welcome.Syukur Alhamdulillah, segala pujian hanya untuk Allah.Selawat dan salam ke atas Rasul junjungan Muhammad SAW.Salam manis dan sejambak penghargaan kepada semua Ahli PAS Cawangan Taman Bandar Baru [ TBB ] 2 Pokok Sena Kedah dan kepada semua yang telah menyumbang dalam membina blog ini.

Buah fikiran, idea, kritikan malah sindiran kalian semua telah memberikan kami semangat membara..[Bukan Semangat Tahi Itik] untuk sama-sama memblog bagi faedah bersama.Blog ini ditulis dalam suasana santai dan bersahaja bertujuan untuk mempercampahkan pemikiran ahli2 PAS Cawangan TBB selain melaporkan segala macam aktiviti, gerak kerja dan masalah setempat atau apa saja yang kami fikirkan perlu ditulis atau diulas dalam bolg ini.

PAS 4 All..kami akan tulis apa saja..from Nothing to Everything.From Zero to Hero.Kami akan menulis, melapor dan mengkritik..tapi tak la MENGHINA.Jangan salah faham pulak.Kami bersedia menerima teguran dan pandangan daripada semua dalam usaha untuk memperkasakan PAS Cawangan TBB.

" Kami tak kuat tapi bila bekerjasama..semua jadi mudah " ..Ceh macam lagu Wonder Pet saja.Walaupun PAS Cawangan ni baru saja ditubuhkan..iltizam kami cukup tinggi .Setinggi awan di langit tinggi lagi iltizam kami.

Dalam kesempatan ini kami ingin mengucapkan setinggi2 penghargaan kepada seluruh Ahli PAS Cawangan TBB khususnya pada Saudara Mat Zin Ketua Komuniti , Saudara Mat Zin Naib Ketua, Saudara Krie Setiausaha, Saudara Sukri Bendahari, Saudara Cikgu Hasyim, Saudara Man Fantasi dan semua mereka yang telah memberikan idea dan pandangan bagi mewujudkan blog ini.

Harapan kami ialah supaya blog ini tidak hanya sebagai medium untuk melaporkan perkembangan Parti, tetapi sebagai wadah untuk mencetuskan dan menggarap idea, meluahkan pandangan dalam usaha untuk memartabatkan Islam.

No comments: