Saturday, January 17, 2009

TAHNIAH YB ABDUL WAHID ENDUT

  1. Pas Taman Bandar Baru 2 mengucapkan tahniah kepada YB Abdul Wahid Endut atas kejayaannnya memenangi kerusi Parlimen KT kelmarin.Alhamdulillah segala puji dan syukur kepada Allah yang telah memberikan nikmat kepada perjuangan Islam.
  2. Kami juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada seluruh pengundi Parlimen KT yang telah memilih PAS sebagai wakil parlimen mereka.InsyaAllah, undi tuan puan tidak sia2 dan semoga undi tuan puan akan dikira sebagai satu amal jariah dan diberi pahala yang besar disisi Allah.
  3. Kami juga merakamkan penghargaan tertinggi dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat,pendokong PAS dan Pakatan Rakyat serta petugas PAS dan Pakatan Rakyat dari semua peringkat yang telah bertungkus lumus bekerja keras bagi memenangkan YB Abdul Wahid Endut.Terima kasih daun keladi,kita berjuang sampai mati.
  4. Kepada YB Abdul Wahid Endut, kami berdoa semoga YB dapat menjalankan tugas dengan penuh amanah dan berdedikasi.
  5. Sementara kita meraikan kemenangan, janganlah kita lupa untuk banyak2 mengucapkan syukur kepada Allah dan moga2 kemenangan ini akan melonjakkan lagi semangat kita untuk terus berjuang memartabatkan Islam.
  6. Gerak kerja seterusnya perlu disusun dan diperkemaskan disamping berusaha mengatasi segala kekurangan dan kelemahan kita dalam usaha kita untuk terus memenangi kerusi dalam pilihanraya yang akan datang.
  7. Ingatlah, bukan setakat Allah memerhatikan kita.Sekarang ini rakyat semakin cerdik dan mereka menilai setiap perlakuan dan tindakan kita.

No comments: