Sunday, March 1, 2009

KETUA PEMUDA UMNO POKOK SENA GILA PUBLISITI?



Assalamualaikum

Dah lama juga saya tak tulis dalam blog ni.Bukan tak ada masa atau malas nak tulis, tapi diri ni tahan tahan dok gelak tengok telatah Pemuda Umno Pokok Sena buat laporan polis hanya kerana SURAT LAYANG 'kononnya' ada EXCO Kedah hina DYMM Sultan Kedah.

Lawak juga Ketua Pemuda Umno Pokok Sena ni.Bila masa pulak dia prihatin tentang Sultan Kedah dan juga Raja-Raja Melayu.Bila Singh kata 'Pemuda Celaka' Umno marah gila babi tapi perwatakan dan tindakan Pemuda Umno ni nampak kurang cerdik dan macam orang kena 'Down Sydrome ' saja.

Tolonglah Haris..cerdik la sikit.Saya ni sejak minggu lepas tak tahan dok gelak bila tengok tindakan hang.Amboi..prihatin sungguh hang.Surat Layang pun hang suruh siasat.Kesian la kat polis tu..depa ni siang malam kerja jaga keamanan negara, banteras penjenayah..tiba-tiba hang tambah beban kat depa supaya pi siasat surat layang.Ceh..koman sungguh hang ni.Patutnya hang la jadi penyiasat..jeng-jeng-jeng..Inspector Conan!Tok sah la dok beban polis nak suruh depa cari bukti atau nak reka-reka bukti pulak.

Kami bukan tak hormat dan sayang pada Sultan kami..DYMM Tuanku Sultan Kedah.Kami sayang lebih daripada tu.Kami tak pernah hina Sultan Kedah atau mana-mana Sultan pun.Tapi Umno memang pernah.Bukan sekali..banyak kali.

Mr Haris..Kami tau hang ni gila publisiti pasai nak bertanding Exco Pemuda Umno hujung bulan ni.Ni kami nak bagi hang satu berita hot..sensasi..terkini.Kami bagi bukti lagi konkrit macam konkrit jambatan Pulau Pinang.Hang akan memang jawatan Exco Pemuda Umno bulan ni kalau hang pi buat report polis sekali lagi..tapi kali ni hang suruh Polis tangkap terus la sapa yang dok hina Sultan dan Raja-raja Melayu.

Hang nak bukti ka Haris? Meh...aku bagi percuma kat hang!!



Amboi...Ni 'Celaka' mana pula yang minta siasat harta Raja - Raja.Ni bukan setakat hina Raja bahkan cuma memalukan KDYM Raja-Raja Melayu.'Natang Yahudi' mana pulak yang cuba nak tunjuk belang bahawa mereka menghormati Kedaulatan Institusi Beraja?


Cukup tak lagi bukti ni?


Tak pa...ada lagi ...




Kalau BOLEH...fikirlah dulu sebelum nak tuduh kami hina Raja-Raja.Guna la otak sikit.Kaji la sejarah!Dulu kini dan Selama-lamanya..UMNO memang Auta.UMNO sebenarnya yang MENGHINA RAJA!!
Kami Ulang...UMNO yang MENGHINA RAJA!!!
Jangan cuba jadi Yahudi...Baling batu sembunyi tangan!

2 comments:

cree said...

Posting yang bagus.Tolong sapa-sapa yang tau alamat rumah Ketua Pemuda tu bagi tau sat.Saya nak print artikel ni nak hantar kat rumah dia supaya dia cepat pi buat report.kalau ini lagi senang kerja polis.Bukti dah kukuh.Alahai....
ketua pemuda,berpada-padalah berpolitik.

Unknown said...

dia tak ada rumah . duduk di chalet Danok, siapa berhajat pi jumpa tok tam padang sera, dia tau alamt