Wednesday, March 4, 2009

MB Kedah ..Sila Saman Ketua Pemuda UMNO Pokok Sena

  1. Pas Cawangan Taman Bandar Baru 2 memohon supaya YAB MB supaya segera menyaman Ketua Umno Pokok Sena kerana membuat tuduhan palsu tanpa bukti menuduh Exco Kerajaan Kedah menghina Tuanku Sultan Kedah.
  2. Tindakan saman ini perlu dilakukan dengan segera supaya pencacai ini tidak lagi mengganggu-gugat pentadbiran kerajaan negeri.
  3. Seperti katan TPM Najib Razak, bahawa sekiranya laporan palsu dibuat, maka pengadu tersebut mesti bersedia untuk dipenjarakan.Jadi kami juga mahu supaya pihak polis segera mendakwa Ketua Umno Pokok Sena atas tuduhan membuat laporan palsu.
  4. Jika Umno itu berani, sudah tentu beliau akan mendedahkan nama Exco yang dikatakan menghina Tuanku Sultan.Memandangkan Ketua Pemuda Umno ini kurang cerdik dan bertaraf tadika, maka beliau sengaja cuba mereka-reka cerita untuk mencari publisiti.
  5. Cukuplah berperangai seperi Menteri Fasola dan jangan cuba untuk mengheret Istana terlibat dalam politik sempit seperti yang berlaku di Perak.
  6. Kepada YAB MB..kami merayu supaya menggunakan pendekatan MENYERANG terhadap puak-puak UMNO itu supaya menjadi pengajaran kepada mereka.Dedahkan salahlaku mereka semasa mereka memegang jawatan dalam anak syarikat kerajaan negeri seperti PKNK atau BDB.
  7. Jika tiada sebarang tindakan diambil terhadap mereka, kami bimbang mereka sentiasa akan berseronok atas sikap baik kita terhadap mereka.

1 comment:

cree said...

SOKONG.Ayuh YAB MB,serang gerombolan ameno.BANZAI.........